Pemandu bas kilang parah, sembilan penumpang cedera - Utusan Malaysia

Pemandu bas kilang parah, sembilan penumpang cedera

Pemandu bas kilang
PASUKAN bomba membantu mengeluarkan pemandu bas kilang yang tersepit selepas merempuh sebuah bas dan dua kenderaan lain dekat Lebuhraya Kesas di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pemandu cedera parah selepas bas kilang dipandunya merempuh sebuah lagi bas kilang serta dua kenderaan lain dalam satu kejadian dekat Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Telok Gong, di sini, pagi tadi.

Pemandu berusia 48 tahun itu tersepit di tempat duduknya dan mengalami patah di bahagian paha kanan, sementara sembilan daripada 40 penumpang yang dibawanya mengalami cedera ringan. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 8 pagi.

“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 8.25 pagi menggunakan peralatan khas. Manakala, tiga lagi pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sembilan penumpang bas berkenaan hanya cedera ringan dan merupakan pekerja warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kesemua mangsa dibawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya