Pekebun kecil di Klebang hadapi kekurangan pekerja

Pekebun kecil di Klebang hadapi kekurangan pekerja

LIM Ban Hong dan Chan Teng Chay (kanan) membawa buah jambu yang dikutip untuk dibersihkan sebelum dipasarkan di Stulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kebanyakan pekebun kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh terutama pekerja asing menyebabkan hasil tidak dapat dikutip untuk dijual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, beliau menerima banyak aduan daripada pekebun kecil di sini mengenai masalah untuk mendapatkan pekerja asing selepas perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sehubungan itu menurutnya, beliau akan membawa perkara tersebut ke Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Buruh (JTK) bagi membantu pekebun kecil di sini mendapatkan tenaga kerja khususnya pekerja asing.

“Pekebun kecil yang mengusahakan tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya menghadapi masalah kekangan pekerja sejak selepas PKP.

“Sebanyak 11 pengusaha membabitkan kawasan seluas 15 hektar yang masih aktif dengan tanaman tembikai, pisang, jagung, jambu, sayuran dan mangga di DUN Klebang.

“Bagi pengusaha tanaman padi di kawasan seluas 815 hektar di sini, mereka tidak berdepan dengan masalah kekurangan tenaga buruh,” ujarnya kepada pemberita selepas melawat kebun buah jambu di Stulang Daeng, Bukit Rambai, dekat sini semalam.

Ban Hong berkata, langkah lain untuk mengatasi masalah kekangan pekerja di mana setiap pengusaha perlu mentransformasikan kebun secara tradisional kepada cara moden.

Katanya, sudah tiba masanya pengusaha kebun kecil di sini meneroka menggunakan peralatan dan teknologi moden secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing.

Sementara itu pengusaha kebun jambu, Chan Teng Chay, 65, berkata, dia berdepan masalah untuk mendapatkan pekerja asing sejak PKP.

Katanya, kekurangan pekerja menyebabkan dia menghadapi masalah untuk mengutip buah jambu di kebunnya seluas 3.23 hektar setiap minggu.

“Saya hanya dapat memunggut hasil 1 tan seminggu jika ada ramai pekerja rasanya saya mampu mengutip hasil mencecah enam tan seminggu,” ujarnya.

Katanya, buat masa ini jambu yang diusahakan hanya untuk pasaran tempatan terutama di Kuala Lumpur dan sekitar Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya