Pecah tabung surau: Tiga wanita ditahan - Utusan Malaysia

Pecah tabung surau: Tiga wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga wanita dipercayai menjadi dalang kegiatan jenayah pecah tabung masjid dan surau di sekitar daerah ini ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketiga-tiga suspek berusia 26 hingga 28 tahun dan mereka ditahan dalam operasi pada Khamis lalu dan kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian terbaharu kira-kira pukul 6.30 petang, 26 Mei lalu, suspek dikatakan menyamun wang daripada tabung sebuah surau di Taman Dato’ Wan, Paroi, di sini.

Arifai berkata, pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima laporan polis daripada seorang lelaki mendakwa tabung surau dipe­cahkan dan semua wang dilarikan.

“Pada pukul 8.56 malam, 31 Mei lalu, pihak polis menerima laporan daripada ahli jawatankuasa (AJK) surau di Taman Dato’ Wan yang menyatakan tabung surau dipecahkan. Laporan hanya dibuat selepas lima hari kejadian.

“Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga pada tabung dan mengambil semua wang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek dalam kes tersebut pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Seremban.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan ke­rana kesalahan mencuri dalam bangunan,” jelasnya.

Kesemua suspek direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya