PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat empat pegawai kanannya, berkuat kuasa 3 Julai ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pertukaran itu membabitkan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby yang dilantik Timbalan Ketua Polis Kelantan.

“Sementara jawatan itu yang kini disandang oleh Deputi Komisioner Victor Sanjos pula mengambil alih jawatan Komander ESSCOM.

“Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Pencegahan Judi, Maksiat, Gangsterism (D7) Bukit Aman, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali akan dilantik Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Senior Asisten Komisioner Noor Hisam Nordin pula akan dilantik Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya