Orang awam dijemput beri pandangan kembangkan ekonomi

Orang awam dijemput beri pandangan langkah kembangkan ekonomi negara

KEMENTERIAN KEWANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang awam dipelawa memberikan pandangan dan input berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan penting bagi kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Jelasnya, ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023).

“Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my.

“Pada masa sama, orang awam memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk landskap ekonomi Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN