Netflix sahkan Aaron Aziz tak terlibat berlakon Extraction 2

Netflix sahkan Aaron Aziz tak terlibat berlakon Extraction 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pengurusan Netflix di Malaysia mengesahkan Datuk Aaron Aziz, 47, tidak terlibat dengan sebarang lakonan untuk filem Extraction 2 sebaliknya hadir ke tayangan perdana sebagai tetamu jemputan.

Datuk Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin adalah pelakon yang diundang mewakili Malaysia ke acara karpet merah dan tayangan perdana filem Extraction 2 bagi kawasan APAC yang berlangsung di Manila.

“Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin tidak terlibat dalam filem Extraction 2. Kedatangan mereka ke sana adalah bedasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana,” respons agensi pengurusan Netflix di Malaysia, Maker Lab, selepas dihubungi Utusan Malaysia menerusi emel.

Namun begitu, Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie berkesempatan bertemu pelakon utama Extraction 2 iaitu Christ Hemsworth dan pengarahnya Sam Hargrave di satu pentas yang sama.

Mereka turut bergambar dengan bintang dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Ananda Everingham dan Nawat Kulrattanarak.

Terdahulu, Aaron memuat naik beberapa video di laman sosial menceritakan keterujaannya bertemu bintang aksi terkenal dunia Chrish Hemsworth dan Sam Hagrave di Manila.

Extraction 2 merupakan sekuel daripada filem pertamanya yang terbit pada tahun 2020. Ia akan mula ditayangkan di Netflix bermula 16 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya