Musang King Malaysia tiada tandingan - Utusan Malaysia

Musang King Malaysia tiada tandingan

SEORANG pekerja menunjukkan durian ‘Musang King’ di sebuah kedai di Kuala Lumpur. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Musang King Malaysia termasuk dari daerah ini sudah mempunyai ‘level’ tersendiri di China sekali gus tidak akan terjejas eksportnya walaupun negara Tembok Besar tersebut sudah menanam 2,000 hektar durian di Pulau Hainan dan dijangka 2,450 tan metrik buah akan dituai bermula bulan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pe­ngusaha Tanaman Industri Daerah Raub, Nicky Koh Kuan Heng berkata, dari segi kualiti, Musang King Malaysia berada pada tahap terbaik dan tiada tandi­ngan berbanding negara lain yang turut mengeksport ke China.

“Untuk kualiti durian terbaik, ia memerlukan pokok yang usianya cukup tua dan besar baharu isinya sedap. Di China, pokok di negara terbabit baru enam ke tujuh tahun berban­ding Malaysia 15 ke 20 tahun.

MUSANG King Malaysia termasuk dari Raub terus mendapat permintaan tinggi daripada penggemar raja buah itu di negara Tembok Besar China.

“Musang King Malaysia sudah ada nama dan dikenali di China serta diiktiraf kualitinya. Rakyat di sana sudah dapat membezakan antara Musang King Malaysia dan negara luar seperti Thailand dan Vietnam,” katanya.

Baru-baru ini ketika bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, pihaknya percaya Malaysia masih berpotensi mengeksport durian berdasarkan peningkatan permintaan peminat durian dari China.

Kuan Heng berkata, permintaan durian Musang King Malaysia di China ketika ini hanya dua peratus berbanding jumlah keseluruhan rakyatnya.

“Jumlah itu rendah jika dibandingkan dengan keseluruhan rakyat China, ia memang tidak mencukupi, jadi saya fikir pekebun durian Musang King Malaysia tidak perlu bimbang eksport ke China akan terjejas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya