Mohd. Na'im rasai sendiri proses lapor diri Kompleks Haji

Mohd. Na’im rasai sendiri proses lapor diri Kompleks Haji

MOHD. Na'im Mokhtar menyantuni jemaah haji yang akan berlepas bersama-sama beliau ke Tanah Suci di Kompleks Haji, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memilih untuk merasai sendiri pengalaman bersama bakal jemaah lain apabila melapor diri untuk berlepas menunaikan ibadah haji petang ini.

Mohd. Naim tiba di Kompleks Haji di Movenpick, di sini pukul 12.30 tengah hari tadi sebelum berkumpul di dalam dewan bersama jemaah untuk mendengar taklimat akhir dan menaiki bas.

Beliau akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Malaysia Airlines, MH8188 pukul 4.10 petang ini bersama 284 bakal jemaah haji lain selain turut ditemani isteri, Datin Nik Roslini Raja Ismail dan seorang pegawai di pejabat menteri.

Mohd. Na’im berkata, beliau ingin merasai sendiri pengalaman berlepas ke Tanah Suci bermula dengan melapor diri di Kompleks Haji, mendaftar masuk dan menaiki bas ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya sendiri nak merasa pengalaman itu biarpun sebenarnya saya boleh terus dibawa ke KLIA untuk berlepas ke Tanah Suci.

“Saya mahu merasai sendiri apa yang dilalui bakal jemaah haji dan jika ada kesukaran, saya sendiri dapat melaluinya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Haji, di sini hari ini.

Katanya, jika perkhidmatan yang disediakan ini terbaik dan tersusun, maka beliau akan merasainya tanpa perlu menunggu laporan daripada pihak Tabung Haji.

Bagi setiap jemaah, mereka perlu melepasi beberapa stesen dan pemeriksaan di Kompleks Haji di sini termasuk melapor diri, daftar masuk dan semakan dokumen kesihatan selain mendengar taklimat akhir serta menaiki bas ke KLIA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya