MAIPs akan naiktaraf portal bayaran - Utusan Malaysia

MAIPs akan naiktaraf portal bayaran

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf di Masjid Nurul Mukminin Alor Ara, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan melaksanakan naiktaraf laman portal rasmi bagi perkhidmatan bayaran secara dalam talian menjelang Julai ini.

Usaha berkenaan adalah ke arah mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan secara dalam talian yang dilaksanakan oleh MAIPs selama ini.

Demikian seperti yang diperkenankan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menerima sembah mengadap Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan MAIPs sempena Program Hijrah Minda Bilangan ke-10 Bagi Tahun 2023 di Masjid Nurul Mukminin Alor Ara di sini, semalam.

Keberangkatan baginda selaku Yang Dipertua MAIPs disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Pendigitalan MAIPs, Azlan Hussain dan Timbalannya, Tengku Farith Rithauddeen Tengku Ahmad Rithauddeen.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor mempersembah maklumkan kepada baginda bahawa MAIPs sedang membangunkan ‘Pelan Transformasi Digital MAIPs 2023-2027’ selari dengan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 yang antara lain memberikan penekanan kepada menjayakan hasrat pengukuhan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh MAIPs.

“Justeru adalah diharapkan naiktaraf portal bayaran yang akan dilaksanakan ini dapat mempermudahkan para penyumbang sama ada sumbangan zakat, wakaf, sedekah atau lain-lain sumbangan kepada MAIPs melalui perkhidmatan digital yang mampan”, katanya.

Untuk rekod, MAIPs telah mengorak langkah memperkenalkan bayaran dalam talian melalui portal rasmi MAIPs yang boleh diakses di pautan www.maips.gov.my.

Sempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah penuh disumbangkan oleh MAIPs bernilai RM8,000 pada kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya