Lebih 60 peratus jemaah haji ada penyakit kronik

Lebih 60 peratus jemaah ada penyakit kronik

DR ABDUL JALIL AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pasukan perubatan Tabung Haji (TH) Madinah lega apabila permit untuk membolehkan mereka beroperasi secara sah telah diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi selepas lebih tiga bulan menunggu.

Meskipun berdepan cabaran kerana lebih 60 peratus jemaah menghidap penyakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, rata-rata mereka kekal bersemangat dan berjanji memberikan perkhidmatan terbaik.

Pengarah Operasi Perubatan Madinah, Dr. Abdul Jalil Ahmad berkata, permit itu memperakui pusat perubatan Malaysia kini mempunyai fasiliti yang cukup selain doktor pakar dan ubat-ubatan mengikut standard antarabangsa.

Katanya, meskipun warga emas berusia 50 tahun ke atas itu mempunyai penyakit, mereka didapati layak menunaikan haji selepas menjalani saringan kesihatan.

“Setiap jemaah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil tiga suntikan iaitu vaksin Meningococcal Quadrivalent, influenza dan imunisasi pilihan sebagai syarat untuk terbang ke Tanah Suci.

“Sebanyak 296 petugas perubatan termasuk pakar telah bersiap sedia untuk menerima kedatangan mereka. Kami beroperasi 24 jam dan 33 buah katil disediakan untuk mereka yang memerlukan rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, jemaah akan dirujuk ke hospital tempatan sekiranya memerlukan rawatan lanjut. Tambahnya, ahli keluarga tidak perlu bimbang kerana perkembangan kesihatan mereka akan dipantau setiap hari oleh pasukan perubatan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ia bertambah kronik atau sebaliknya.

“Jika ada yang perlu membawa ubat sendiri, mereka perlu membuat pelabelan supaya memudahkan urusan ketika menjalani pemeriksaan kastam dan imigresen atau berdepan kemungkinan ia dirampas,” katanya.

Beliau yang juga pakar perun­ding perubatan keluarga klinik ke­sihatan di Kubang Pasu, Kedah itu memberitahu, selain pasport dan tag nama, jemaah turut dingatkan supaya membawa buku putih mengandungi maklumat kesihatan.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya