Leaptec, Desan gah pamer inovasi industri perkapalan di LIMA ‘23 

Leaptec, Desan gah pamer inovasi industri perkapalan di LIMA ‘23 

KETUA Pegawai Eksekutif Leaptec, Datuk Mohd. Anis Hisham Abd. Aziz (kiri), delegasi Desan bersama Saifuddin Nasution Ismail dan Emir Salim Yuksel (empat dari kiri) di reruai  LIMA ‘23 di Langkawi, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak syarikat LBS Bina Group Berhad (LBS), Leaptec Engineering Sdn. Bhd. (Leaptec) dan syarikat membina serta membaiki kapal (SBSR), Desan Shipyard (Desan) gah mempamerkan inovasi keupayaan SBSR di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) Edisi Ke-16 di Langkawi, Kedah, baru-baru in.

Menurut kenyataannya, sebagai rakan kerjasama strategik Desan, Leaptec mengambil langkah proaktif dan memainkan pelbagai peranan untuk memperkenal perniagaan Limbungan Kapal Leaptec-Desan Melaka, daripada mendapatkan kelulusan kepada memacu pembangunan perniagaan. 

“Kehadiran Desan pada LIMA ‘23 kali ini membuktikan kerjasama penuh dan kepakaran Desan dalam memperkukuh industri pembinaan dan pembaikan kapal. 

“Kami menzahirkan penghargaan kepada penganjur dan pelabur potensi di LIMA ‘23 di atas sokongan mereka. 

“Pameran ini berjaya mengukuhkan lagi kedudukan Desan sebagai peneraju industri dan memberi komitmen berterusan kepada kedua-dua syarikat untuk memacu inovasi, meningkatkan perkongsian dan menyumbang kepada pertumbuhan industri maritim di Malaysia,” kata kenyataan itu. 

 


AHMAD Zahid Hamidi dan Ab. Rauf Yusoh melawat ruang pameran Desan semasa LIMA ‘23.
.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif LBS dan Leaptec, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, penglibatan Leaptec di pameran yang disertai oleh Desan adalah satu perkara yang amat positif dan menggalakkan lebih-lebih lagi dengan kunjungan individu kenamaan membabitkan lima menteri dan seorang ketua menteri. 

“Antaranya ialah Duta Besar Turki ke Malaysia, H.E. Emir Salim Yuksel; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

“Kunjungan ini menjadi penanda aras positif ke atas potensi kolaborasi sekali gus mengiktiraf keupayaan Leaptec-Desan untuk menjadi salah sebuah limbungan kapal terbesar di Malaysia.

“Pembangunan ini meningkatkan lagi industri pembinaan dan pembaikan kapal SBSR dan industri maritim di Malaysia,” katanya. 

Jelas Hock San, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut menyokong industri SBSR dan menyatakan minat untuk menyediakan insentif kewangan seperti yang diluluskan dalam Bajet 2023 baru-baru ini. 

Sebagai rekod, kedua-dua syarikat itu sebelum ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada 13 April lalu bagi meneroka potensi pelaksanaan pembinaan dan pembangunan perniagaan limbungan pembaikan kapal di Melaka. 

Desan dan Leaptec turut merancang mewujudkan limbungan kapal di Melaka menerusi tiga fasa, bermula dengan aktiviti pembaikan kapal. 

Inisiatif berkenaan seiring dengan rancangan jangka panjang syarikat dan komitmen mereka untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan industri maritim di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya