Lah Ahmad berpotensi jadi Maher Zain - Utusan Malaysia

Lah Ahmad berpotensi jadi Maher Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keunikan vokal yang dimiliki Lah Ahmad, 43, membuatkan penyanyi itu berpotensi besar melebarkan sayap kariernya ke luar negara seperti yang dilakukan artis Sweden, Maher Zain.

Lagu-lagu ketuhanan bersifat Islamik seperti selawat dan qasidah mempunyai peminat tersendiri dalam pasaran antarabangsa khususnya bagi masyarakat muslim di Eropah.

“Jika betul resepi pembikinan lagunya, Lah Ahmad dilihat mempunyai potensi yang besar untuk pergi ke peringkat global seperti Maher Zain memandangkan vokalnya yang cukup bagus.

“Cuma, untuk menembusi pasaran antarabangsa, penyanyi mestilah menghasilkan lagu sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Arab kerana ia lebih universal.

“Jika ada jemputan ke luar negara, kami pun akan membawakan lagu selawat seperti Ya Hanana atau Qomarun kerana orang Islam di eropah kebanyakannya orang Arab, India dan Pakistan,” kata anggota kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin  ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Hazamin lagi, kita kekurangan bakat tempatan yang berjaya membolosi pasaran antarabangsa.

Justeru katanya, sudah masanya anak seni kita berani keluar daripada zon selesa bagi meraih perhatian pasaran muzik dunia.

“Jika kita lihat, tidak ramai penyanyi kita yang berjaya pergi ke luar negara. Antaranya Yuna, Raihan dan Shila Amzah. Mereka pun nampaknya pergi ke tempat tertentu.

“Namun, Lah ada potensi itu. Dengan vokal yang dimilikinya ,tiada masalah untuknya untuk ‘keluar’,” tambah Hazamin.

Kumpulan Inteam dan Lah Ahmad memang dikenali memiliki hubungan persahabatan yang akrab. Menurut Hazamin, dia bersyukur kerana sahabatnya itu tidak meneruskan hasrat meninggalkan dunia seni suara walaupun Lah hampir berbuat demikian beberapa tahun sudah.

“Ketika itu, Lah rajin hadir ke majlis selawat dan kami berkolaborasi menghasilkan muzik.

“Waktu itu dia memang kata mahu tinggalkan dunia nyanyian. Keadaan kewangannya juga agak gawat pada saat itu. Namun kami bagi contoh penyanyi British, Yusuf Islam yang pernah alami perasaan yang sama dengan Lah.

“Yusuf pernah tinggalkan gitar dan industri muzik kemudian jadi pendakwah sepenuh masa. Kemudian dia terfikir, mengapa dia seorang sahaja yang kembali kepada Islam sedangkan peminatnya di luar sana boleh sama-sama mendekati Islam melalui muzik?” ceritanya.

Terdahulu, awal tahun ini, Lah Ahmad mengadakan konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). Tiket konsert itu licin dalam tempoh 24 jam.

Dalam konsert itu, Lah turut mengucapkan rasa terima kasihnya kepada kumpulan Inteam kerana banyak membantunya dalam tempoh sukar hidupnya beberapa tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.