KPDN rancang perkenal Perbankan RAHMAH

KPDN rancang perkenal Perbankan RAHMAH

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merancang untuk memperluas Payung RAHMAH kepada segmen produk dan pembiayaan perbankan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau dijangka bertemu dengan beberapa tokoh perbankan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan meminta tokoh perbankan itu untuk mengatur pertemuan dengan nama-nama besar industri perbankan.

“Kita akan jumpa mereka dalam masa terdekat malah, Tengku Zafrul sudah memberi komitmen segera mengenai perkara itu.

“Kita libat urus dulu dan mgkn jika ada hasil yang baik dari pertemuan itu maka, akan ada pula perbankan RAHMAH yang boleh kita tawarkan dalam mana-mana skim pembiayaan,”
katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN di sini, hari ini.

Katanya, KPDN sudah berjaya dalam beberapa inisiatif RAHMAH sebelum ini dan mungkin idea Perbankan RAHMAH ini boleh dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat.

Salahuddin berkata, KPDN juga akan terus komited memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalm situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

Pada masa yang sama, katanya, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.

“Program Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN