Lapan maut, helikopter terhempas di Kalimantan Barat

Lapan maut, helikopter terhempas di Kalimantan Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN BARAT: Lapan maut selepas sebuah helikopter terhempas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, ketika operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengeluarkan mayat mangsa serta bangkai pesawat.

Menurut pihak berkuasa, helikopter jenis Airbus H130 itu terputus hubungan pada pagi Khamis, hanya lima minit selepas berlepas dari kawasan perladangan di Melawi.

Ketua agensi penyelamat Indonesia, Mohammad Syafii berkata, lokasi nahas berada di kawasan hutan tebal dengan bentuk muka bumi berbukit dan curam, sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.

Pasukan penyelamat turut menemukan serpihan yang dipercayai bahagian ekor helikopter kira-kira tiga kilometer ke barat dari lokasi terakhir pesawat dikesan.

Punca nahas masih belum dikenal pasti. Jurucakap agensi penyelamat tempatan memaklumkan, kesemua enam penumpang dan dua kru yang berada di dalam helikopter itu disahkan maut dalam kejadian tersebut.

Pasukan penyelamat termasuk anggota tentera dan polis sedang berusaha untuk tiba ke lokasi kejadian melalui laluan darat hari ini.

Kawasan perladangan berkenaan dimiliki oleh syarikat minyak sawit Indonesia, Citra Mahkota, manakala helikopter tersebut dimiliki oleh Matthew Air Nusantara, kata Mohammad Syafii.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN