KKM perjelas isu tular berkenaan dua kanak-kanak alami cerebral palsy

KKM perjelas isu tular berkenaan dua kanak-kanak alami cerebral palsy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung isu tular di media sosial berkenaan dua orang kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy selepas dilahirkan di fasiliti kesihatan KKM.

Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan aduan bagi kes tersebut dikategorikan sebagai aduan kompleks dan pengurusan aduan adalah berdasarkan ‘Guidelines on the Management of Medico legal Complaints in the Ministry Of Health, second edition 2019’.

Berdasarkan garis panduan itu menetapkan setiap aduan hendaklah disiasat oleh pihak hospital dan seterusnya pihak kementerian sekiranya perlu.

Menurut KKM, semakan mendapati aduan bagi kedua-dua kes itu telah disiasat di peringkat hospital dan di peringkat KKM serta dalam penelitian lanjut Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM.

“Pengurusan kes seperti ini mengambil tempoh masa yang panjang kerana perlu penglibatan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan terlibat serta Jabatan Peguam Negara.

“Kementerian ambil maklum akan kesulitan yang dihadapi pesakit serta keluarga dan akan memastikan proses ini diselesaikan dalam kadar segera,” katanya.

Pada masa sama, KKM juga sentiasa bersedia membantu pesakit serta keluarga dan boleh dihubungi dari semasa ke semasa, sekiranya pihak pengadu ingin mengetahui status pengurusan kes.

Bagaimanapun, jelas KKM, pengurusan aduan itu hanya akan dihentikan sekiranya pihak pengadu atau pesakit mengambil tindakan perundangan memandangkan telah berada dalam proses mahkamah.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya