KKD anjur ekspo, tarik pelaburan dalam sektor ekonomi digital

KKD anjur ekspo, tarik pelaburan dalam sektor ekonomi digital

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD)  akan menganjurkan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) pada November depan bagi meraih lebih banyak pelaburan dalam sektor ekonomi digital ke Malaysia. 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, MDX2023 akan menjadi platform buat pemain industri Malaysia mempamerkan perkhidmatan serta produk mereka kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa. 

“Melalui inisiatif ini, lebih banyak pelaburan boleh diraih sekaligus melonjakkan lagi sektor ekonomi digital. Buat pemain industri ekonomi digital, jumpa anda di MDX2023!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebelum ini, negara berjaya berjaya meraih komitmen pelaburan berjumlah RM8.3 bilion melalui misi pelaburan KKD ke Minggu Teknologi London 2023 baru-baru ini. – utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN