Kes Ebit Lew: Isu laman web lucah jadi perbalahan

Kes Ebit Lew: Isu laman web lucah jadi perbalahan

MAHKAMAH MAJISTRET TENOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,37, pada hari ini menjadi panas apabila isu carian dan melayari laman web lucah menjadi perdebatan pihak pembelaan dan pendakwaan.

Kedua-dua pihak saling berbalas hujah susulan keterangan saksi ketujuh, Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video PDRM, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz masih menyentuh tentang gambar tangkap layar mengenai laman web lucah yang dilayari oleh pemilik telefon bimbit bertanda N1.

Peguam mewakili Ebit, Ram Singh mengemukakan bantahan kepada mahkamah agar pendakwaan berpegang kepada pertuduhan sahaja dan tidak menyentuh terlalu banyak tentang sejarah laman web dilawati kerana ia tidak relevan dengan pertuduhan kes tersebut.

Dalam bantahan dilakukan, Ram berkata, pendakwaan perlu berhenti bertanya tentang carian laman enjin carian (google search) kerana ia tidak merujuk kepada pertuduhan.

“Timbalan Pendakwa Raya beritahu hanya beberapa (carian laman web), saya fikir perlu berhenti dan cukuplah bukti untuk itu, kita beralih kepada perkara yang berkaitan dengan pertuduhan.

“Malah, ia boleh membunuh karakter seseorang, kecuali gambar tangkap layar itu dikongsi antara tertuduh dan pengadu, jika tidak maka, ia tidak relevan.

“Jadi, saya mohon mahkamah merekodkan bahawa (keterangan tentang) google search mengenai pornografi perlu dihentikan dan perkataan ‘stim’ digunakan Timbalan Pendakwa Raya juga adalah subjektif.

“Seharusnya pendakwaan memanggil pengadu secepat mungkin dan bukannya berhujah tentang isu ‘stim,” katanya semasa mengemukakan bantahan kepada pihak pendakwaan di Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam hujah Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, beliau memberitahu mahkamah pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan. Itu sebabnya pendakwaan merujuk kepada carian-carian google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan dibuat.

“Keterangan ini penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang berada dalam keadaan berahi setelah melawati laman web lucah menyebabkan tertuduh hantar mesej lucah kepada pengadu.

“Malah, salah satu mesej tertuduh juga mengatakan ‘sedang stim’ pada tarikh-tarikh tertentu.

“Justeru, pihak pendakwaan pohon supaya saksi ini dibenarkan beri keterangan yang berkaitan dengan tarikh-tarikh pertuduhan,” katanya.

Keterangan saksi merujuk kepada beberapa gambar tangkap layar yang mempunyai 936 gambar termasuk 146 gambar tangkap layar berunsur lucah yang dianalisis daripada telefon bimbit bertanda N1.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudiannya mengarahkan kedua-dua belah pihak agar merujuk kepada gambar tangkap layar yang relevan dan berkaitan dengan tarikh-tarikh pertuduhan.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.-UTUSAN

Ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya