Kerajaan tanggung subsidi ayam dan telur RM200 juta sebulan

Kerajaan tanggung subsidi ayam dan telur RM200 juta sebulan

SALAHUDDIN Ayub (tiga dari kiri) sedang menyerahkan bakul Rahmah kepada penerima B40 pada Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Menu Rahmah di Pasar Besar Siti Khadijah,Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kerajaan menanggung pemberian subsidi dan kawalan harga bagi ayam serta telur sebanyak RM200 juta sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pemberian subsidi berkenaan adalah usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur lepas 30 Jun ini.

Menurutnya, perkara berkenaan tidak perlu dijadikan isu dengan mendakwa kerajaaan telah menghentikan pemberian subsidi bagi dua barangan berkenaan.

“Sebenarnya ia bukan satu isu bahawa kerajaan mahu menghentikan pemberian subsidi tetapi ia adalah bajet tahun lalu yang akan berakhir sehingga 30 Jun ini dan akan disambung 1 Julai akan datang.

“Keputusan ini diambil hasil dari libat urus  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meneruskan pemberian subsidi” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Menu Rahmah di Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini.

Salahuddin memberitahu, keputusan untuk melanjutkan subsidi ini membuktikan keprihatinan kerajaan kepada keperluan rakyat dengan beban kos sara hidup yang meningkat.

Katanya, pihaknya turut mengambil kira situasi rakyat yang masih memerlukan bantuan kerajaan untuk mendapatkan ayam dan telur dengan harga murah.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan telah bersetuju meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur  selepas 1 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan KPKM serta KPDN menerusi kenyataan akhbar bersama semalam.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam serta telur itu diteruskan.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN