Kerajaan setuju beri pelepasan bayaran PPA1M Lembah Sireh

Kerajaan beri pelepasan bayaran moratorium PPA1M Lembah Sireh

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB di Kampung Jaya, Pasir Hor, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan bersetuju memberi pelepasan bayaran moratorium bagi projek pembinaan pangsapuri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Lembah Sireh yang terbengkalai ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan bayaran itu akan diberikan kepada pembeli yang terlibat sehingga mereka dapat menduduki rumah berkenaan.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi membantu meringankan beban pembeli yang terpaksa menanggung pembayaran pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Pinjaman Sektor Awam (LPPSA).

“Bagi projek perumahan penjawat awam di Lembah Sireh yang terbengkalai, saya buat keputusan, selagi rumah berkenaan tidak dapat diduduki, kita bagi pelepasan moratorium. 

“Maknanya tidak perlu bayar sekarang, bayar nanti bila dapat masuk ke rumah itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Jaya, Pasir Hor, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, lebih 120 pembeli menuntut pemaju menyiapkan segera pembinaan pangsapuri penjawat awam di Lembah Sireh yang sedang terbengkalai ketika ini.

Salah seorang pembeli, Dr. Maryam Azlan, 43, berkata, projek tersebut mula dijual tujuh tahun lalu kepada kumpulan sasar dalam kalangan penjawat awam yang kebanyakannya menandatangani perjanjian itu pada 2017 dan 2018.

Menurutnya, masih terdapat pembeli menandatangani perjanjian pada 2023 untuk mendapatkan rumah yang pada awalnya dijanjikan siap tahun 2020 lalu.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya