PETALING JAYA: Seorang pelajar sekolah menengah dari Pulau Pinang terpaksa melupakan cita-citanya untuk mewakili Malaysia dalam sukan renang kerana tidak memiliki taraf kewarganegaraan. Angeline May Soon, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Pulau Pinang berkata, sejak sekolah rendah dia aktif menyertai sukan renang dan dibenar mewakili pertandingan renang peringkat sekolah dan dalam tempoh itu dia mengumpul lebih 60 pingat. Kata gadis itu, selepas memasuki sekolah menengah dia yang kecewa…