Kenaikan harga lembu tak halang umat Islam jalani ibadah korban

Kenaikan harga lembu tak halang umat Islam jalani ibadah korban

RAHMAD Mariman menyampaikan hadiah RM5,000 kepada Siti Nabilah Zamri yang muncul juara hafazan al-Quran pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kenaikan harga lembu sebanyak 20 peratus tidak menghalang umat Islam di negeri ini menunaikan ibadah korban tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini sebanyak 1,362 ekor lembu, empat kerbau dan 125 kambing telah didaftarkan akan disembelih untuk Hari Raya Aidiladha.

Beliau berkata, sebanyak 220 masjid dan 846 surau seluruh negeri ini telah mendaftar untuk menjalankan ibadah korban.

“Kita jangka jumlah lembu yang akan disembelih dijangka meningkat antara 1,500 hingga 1,600 ekor beberapa hari sebelum Aidiladha Khamis ini.

“Setakat ini kesemua jumlah haiwan akan disembelih berdasarkan pendaftaran yang diterima Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA) di Auditorium Masjid Al Azim, Bukit Palah di sini, semalam.

Tambah Rahmad, kerajaan negeri menyumbangkan sebanyak 24 ekor lembu untuk diberikan kepada 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melibatkan kos berjumlah RM144,000.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin menyembelih binatang korban supaya mendapatkan permit Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Ada pihak yang tidak melapor kepada JAIM untuk mereka menjalani ibadah korban khususnya mereka yang tidak mendaftar secara berkelompok di surau atau masjid di negeri ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN