Kejatuhan ringgit patut dibincang segera - Isham - Utusan Malaysia

Kejatuhan ringgit patut dibincang segera – Isham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran membincangkan segera berkaitan krisis kejatuhan pasaran modal dan ringgit yang berlaku ketika ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, ini kerana ringgit sudah lama jatuh serta terus jatuh dan ini memberi kesan buruk kepada kenaikan harga barang dan makanan yang kebanyakan bergantung kepada import.

“Ada banyak cara kerajaan boleh mempertahan ringgit dan bukan hanya dengan menggunakan rizab.

“Perlu bincang segera, jika tidak takkan kerajaan ingin biarkan ringgit jatuh begitu sahaja, Rafizi (Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)?” Soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam yang melaporkan kenyataan Rafizi iaitu kerajaan tidak bercadang campur tangan segera dalam krisis berkenaan dengan tiada sebarang perbincangan dibuat untuk terbabit secara terus dalam mengimbangi kejatuhan.

Rafizi berkata, ini kerana kerajaan melihat setiap campur tangan bagi menyokong pasaran tersebut akan melibatkan kos besar, dengan dana itu sepatutnya disalurkan kepada keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN