Kaji kembali cadangan Bak Kut Teh makanan warisan

Kaji kembali cadangan Bak Kut Teh makanan warisan

NOR AZAH ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan ‘Bak Kut Teh’ sebagai makanan warisan perlu diteliti kembali agar tidak mengelirukan pihak lain khususnya orang Islam.

Menegaskan perkara itu, Exco Srikandi Bersatu Malaysia, Nor Azah Abdul Aziz berkata, pihaknya memandang serius perkara ini, sambil menyifatkan cadangan tersebut tidak langsung menjaga sensitiviti umat Islam.

“Saya memandang serius berhubung kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing yang mahu mempertimbangkan ‘Bak Kut Teh’ untuk dimasukkan dalam senarai makanan warisan kebangsaan, baru-baru ini. Kenyataan beliau amat memalukan.

“Kenyataan beliau begitu songsang tanpa melihat sentimen kaum dan agama di negara ini, yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MOTAC bakal mempertimbangkan makanan tradisional kaum cina, bak kut teh untuk dimasukkan di dalam senarai warisan kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, secara asasnya makanan itu adalah campuran herba dan daging yang diletakkan di dalamnya terpulang kepada kepada penyedia.

Mengulas lanjut, Nor Azah dalam masa yang sama turut mencadangkan agar menteri berkenaan meneliti Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang melarang mana-mana menteri mengeluarkan sebarang dasar mahupun pernyataan di bawah subseksyen (1) jika perkara, urusan, strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan melibatkan kuasa atau bidang kuasa Negeri melainkan jika Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan telah dirundingi.”

“Pakar-pakar bahasa memaklumkan perkataan ‘Bak’ itu sendiri sudahpun merujuk kepada daging babi. Mengapa ada cubaan mahu mengangkat makanan ini sebagai warisan kebangsaan, semata-mata mahu menonjolkan menu ini kepada pengunjung luar? Amat tidak masuk akal dan tidak kompeten.

“Saya menasihatkan kepada menteri terbabit, kalau nak angkat martabat warisan makanan kebangsaan, pastikan prospek makanan itu boleh dimakan oleh semua lapisan rakyat, bukannya ‘daging babi’,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN