KUALA LUMPUR: Kerajaan bersiap siaga berdepan sebarang peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) selepas mengadakan perbincangan merentas kementerian berkenaan isu jerebu serta ancaman El-Nino yang dijangka melanda negara bulan depan. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan memantau dekat peningkatan suhu dalam negara dengan meningkatkan pemerhatian terhadap pembakaran terbuka yang turut menyumbang pada kemerosotan kualiti udara. “Minggu lepas kita telah adakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk…