Itu urusan LHDN dan badan penyiasat - Anwar

Itu urusan LHDN dan badan penyiasat – Anwar

ANWAR Ibrahim menyapa orang ramai ketika hadir meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Sports Arena di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai isu penggeledahan kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Selasa lalu.

Menurutnya, beliau menyerahkan urusan itu kepada LHDN dan badan penyiasat untuk melakukan siasatan lanjut.

“Itu urusan LHDN dan badan penyiasat, saya tidak dimaklumkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan LHDN dikatakan menyerbu kediaman Hamzah pada pagi Selasa lalu susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.

Malah, pasukan serbuan turut dikatakan merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun milik Ahli Parlimen Larut itu.

Sebelum ini, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata, keterangan itu dibuat susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di mahkamah.

Hamzah juga mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya dan jelas mahu merosakkan nama baiknya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Ditanya mengenai desas-desus kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini bercuti selama dua minggu, Anwar berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

“Tiada pula,” jawabnya ringkas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya