Isu warga China dapat MyKad kes lama - Saifuddin

Isu warga China dapat MyKad kes lama – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri hari ini menjelaskan isu warga China yang memperoleh kad pengenalan (Mykad) yang kecoh di laman sosial adalah kes lama yang disebarkan semula.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes itu berlaku pada 2019 dengan pegawai yang terlibat sudah ditangkap dan sedang dibicarakan. 

“Kes ini berlaku tahun 2019. Bukan Kerajaan Madani. Masa itu (Tan Sri) Muhyiddin Yassin menteri KDN. Saya pun yakin beliau tak terlibat. 

“Pegawai Jabatan Pendaftaran yang berkenaan pun dah ditangkap, disiasat dan kini sedang dibicarakan. Pemegang Mykad itu pula telah diusir balik negara asalnya. 

“Seperti biasa serangan ditala kepada Kerajaan Madani tanpa rasa bersalah untuk semak maklumat. Asal dapat main sentimen kaum dan dapat keuntungan politik mereka puas hati,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebelum ini, tular satu gambar memaparkan seorang warga China mempunyai MyKad dan lesen memandu sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan orang ramai. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya