Isu tuntutan Sulu terletak di bawah bidang kausa Peguam Negara

Isu tuntutan Sulu terletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara

JEFFREY Kitingan (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam (dua kiri) semasa melawat Galeri Double Six sempena ulang tahun tragedi Double Six di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu tuntutan pampasan waris Sultan Sulu seharusnya diselesaikan oleh Peguam Negara dan bukan diputuskan di Mahkamah Tinggi di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ketika ini tuntutan pampasan dibuat terhadap Kerajaan Malaysia maka, isu membabitkan perundangan ini berada di bawah tanggungjawab Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun.

Beliau berkata, sebarang tuntutan di Mahkamah Malaysia juga terpulang kepada Peguam Negara.

“Itu kita pulangkan kepada Peguam Negara, saya tidak boleh jawab,” katanya ketika diminta mengulas tentang cadangan pakar untuk membawa tuntutan waris Sultan Sulu di Mahkamah Malaysia.

Menurut beliau, tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Sabah tidak berasas jadi, apa yang mereka mahu tuntut jika tiada asasnya.

Sebelum ini, kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu bertindak membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol bagi mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.

Kumpulan itu membawa tuntutan tersebut ke timbang tara Sepanyol pada 2019 dan kemudiannya ke penimbang tara, Dr. Gonzalo Stampa yang memutuskan kumpulan tersebut mempunyai hak menuntut pampasan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Malah, baru-baru ini peguam mewakili kumpulan tersebut menghantar surat kepada Peguam Negara bagi mendesak Malaysia membayar pampasan berjumlah AS$16 bilion termasuk 10 peratus faedah, bayaran peguam dan ahli pakar bagi kos timbang tara.

Dalam perkembangan lain, Jeffrey berkata, kerajaan negeri akan mewartakan Hari Sabah secepat mungkin seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri terdahulu.

Menurutnya, walaupun ia belum diwartakan namun, sambutan Hari Sabah masih diraikan setiap tahun.

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan Kementerian Dalam Negeri dan ia telah dipersetujui namun, belum sempat dilaksanakan.

‘Kita kena buat satu buku untuk menyatakan secara terperinci mengenai Hari Sabah dan selepas itu, kita akan bawa perkara ini ke Kabinet Negeri untuk proses seterusnya,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.