Isu transisi doktor kontrak ke jawatan tetap bakal diselesai

Isu transisi doktor kontrak ke jawatan tetap bakal diselesai

ZALIHA Mustafa menyampaikan sijil pelantikan Duta Kenali Ubat Anda kepada Pegawai Farmasi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Firdaus Abdullah (tiga kanan) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan proses transisi jawatan doktor kontrak ke jawatan tetap akan diselesaikan dan tempat lama mereka diganti segera.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan mempertimbangan penggantian itu terutama kekosongan tempat yang ditinggalkan doktor kontrak sebelum ini.

“Bila masuk penempatan daripada doktor pelatih (housemen) kepada pegawai perubatan tetap, ia tentu ada penggantian selepas itu, jadi insya-Allah semua itu akan kita pertimbangkan.

“Kemaslahatan petugas kita ambil prihatin,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang ditubuhkan sebelum ini kerap mengadakan sesi libat urus dengan beberapa kementerian dan pihak berkaitan bagi melihat secara mendalam isu doktor kontrak.

Dr. Zaliha berkata, hasil libat urus itu belum dibentangkan kepada Kabinet dan jawatankuasa itu melihat semua isu dibangkitkan.

“Jadi saya tidak rasa kita akan meminggirkan doktor-doktor kontrak ini,” katanya.

Sebelum ini, Hartal Doktor Kontrak (HDK) memberi amaran masalah kekosongan jawatan yang tidak diisi di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

Masalah ini semakin meruncing jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera menyelesaikan isu perjawatan petugas perubatan.

HDK berkata, walaupun kerajaan mengumumkan perjawatan tetap seramai hampir 4,000 doktor kontrak, secara tidak langsung perkara itu menimbulkan krisis terbaharu dalam permasalahan penjagaan kesihatan yang sedia kritikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya