Isu gula pulih, minyak masak subsidi pula tiada - Utusan Malaysia

Isu gula pulih, minyak masak subsidi pula tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Setelah masalah kekurangan gu­­la ming­gu lalu, penduduk di beberapa daerah di negeri ini berdepan pula dengan isu bekalan mi­nyak peket bersubsidi.

Tinjauan di sekitar dae­rah ini termasuk di Pendang dan Jerai mendapati, bekalan itu sukar didapati di beberapa kedai runcit.

Menurut salah seorang peniaga yang hanya dikenali sebagai Leong, 40, pihaknya sudah terputus bekalan minyak peket itu sejak dua hari lepas.

“Sudah dua hari lori tak datang hantar mi­nyak peket, bila ditanya, mereka kata tak ada bekalan.

“Pembekal kata dua tiga hari lagi baru sampai harap-harap adalah nanti sebab pelanggan sudah bising. Selalunya kami te­rima bekalan setiap ha­ri tetapi sejak dua hari lepas tak ada langsung,” katanya di sini.

Sementara itu seorang penduduk, Aziz Abu Bakar, 57, berkata, dia terpaksa keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai runcit untuk membeli sepeket minyak masak.

“Yang ada minyak botol. Kami ini orang susah mana nak beli minyak botol yang mahal itu.

“Hari itu masalah gula sekarang minyak, pengguna macam kami ini susahlah nak masak,” katanya.

Presiden Persatuan Peng­guna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya me­nerima aduan ketiadaan minyak masak tersebut daripada pengguna sejak kelmarin.

“Baru nak selesai isu gula sekarang minyak masak peket. Ia selalunya dibeli oleh golongan berpendapatan rendah iaitu B40 kalau kategori lain memang mereka tak beli minyak ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya