Inisiatif Makkah Route di Malaysia jadi rujukan diperluas negara lain

Inisiatif Makkah Route di Malaysia jadi rujukan diperluas negara lain

MOHD. Na'im Mokhtar mengucapkan selamat berangkat kepada bakal jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci di Kompleks Tabung Haji KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pra-pelepasan jemaah haji menerusi inisiatif Makkah Route di Malaysia lebih pantas iaitu mengambil masa kurang 50 saat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, inisiatif berkenaan jauh lebih baik berbanding pengalamannya ketika pernah menunaikan haji sebelum inisiatif tersebut mula diperkenalkan yang memakan masa berjam-jam.

“Saya masih ingat dulu pernah buat haji dan kena beratur lama di terminal Jeddah sampai empat atau lima jam tetapi sekarang cuma kurang 50 saat,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni 357 bakal jemaah haji kumpulan KT42 yang berlepas pukul 5.32 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Malaysia merupakan negara pertama dipilih Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk pelaksanaan Makkah Route pada 2017 diikuti Indonesia setahun kemudiannya.

Pada 2019, inisiatif itu diperluaskan kepada Bangladesh, Pakistan dan Tunisia, namun digantung pada 2021 dan 2022 lalu susulan penutupan sempadan kerana isu Covid-19 dan Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkenan menambah dua lagi negara menyertainya iaitu Turkiye dan Ivory Coast bagi musim haji kali ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Naim berkata, beliau dimaklumkan Duta Besar Arab Saudi bahawa kejayaan Makkah Route di KLIA dijadikan rujukan untuk diperluaskan kepada negara lain.

Seramai 55 pegawai imigresen Arab Saudi ditempatkan secara bergilir-gilir di 10 kaunter ditetapkan dan mereka akan bertugas sehingga penerbangan terakhir pada 21 Jun ini.

Difahamkan ketika Makkah Route diperkenalkan secara perintis enam tahun lepas, tempoh waktu diperlukan ketika itu ialah 10 minit, dan kemudiannya masa itu berjaya dipendekkan sehingga ada kurang 30 saat susulan pelaksanaan pengesahan biometrik yang diwajibkan bagi semua jemaah.

Ia mula dilaksanakan pada musim haji tahun lepas melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia untuk pengeluaran visa haji secara elektronik melalui aplikasi Saudi Visa Bio. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya