Ajaran sesat SiHulk: Jakim serah JAIM, JAIS bertindak

Ajaran sesat SiHulk: Jakim serah JAIM, JAIS bertindak

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan penguatkuasaan berhubung ajaran sesat kumpulan SiHulk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Jakim turut diarah bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras ajaran sesat ini.

Beliau berkata, pihaknya menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kumpulan ajaran sesat berkenaan agar segera tampil membuat laporan kepada pihak PDRM dan JAIN.

“Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihati umat Islam tidak terlibat dan menjauhi daripada penyebaran ajaran sesat tersebut.

“Mana-mana orang yang didapati terbabit dalam kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam seperti penyebaran ajaran sesat boleh dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Mohd Na’im menerima kunjungan hormat daripada Mufti Besar India, Sheikh Abu Bakar Ahmad dan Ulama Al-Azhar, Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari di pejabatnya.

Katanya, Jakim turut diarah bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan bagi mengadakan siri penerangan di seluruh negara berkaitan bahaya amalan dan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah kepada masyarakat.

Mohd Na’im berkata, kerjasama semua pihak dalam isu-isu seperti ini dapat membantu menanganinya dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat menjaga akidah umat Islam dari terpesong dengan fahaman yang tular di media sosial.

Mengulas isu sama, Mohd Na’im berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dua video tular yang memaparkan beberapa orang individu mengeluarkan kenyataan dan ungkapan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Menurutnya, mereka dipercayai pengikut ajaran yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad (Sohai Ibnu Muhammad) atau SiHulk.

“Salah satu video yang kembali menjadi tular tersebut dimuat naik melalui facebook Nurul Sakinah yang bertajuk; `Nabi Muhammad itu adalah Allah’. (https: //www.facebook.com/100094407642792/posts/120164127807175/?d=w&mibextid=qC1gEa),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, setakat semalam, Facebook Nurul Sakinah tersebut tidak lagi dapat diekses.

Antara Facebook yang turut dikesan memuat naik kedua-dua video tersebut adalah Facebook yang menggunakan nama Iffat Muhammad https://www.facebook.com/ikmalstylor.

Sebelum ini, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 memutuskan bahawa ajaran dan fahaman SiHulk sebagai sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya