GUA MUSANG: Ibu bapa suku kaum Orang Asli di Pos Simpor di sini sepakat tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini selepas mendakwa trauma dengan kejadian enam rakan mereka diserang histeria hujung bulan lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Dendi Johari berkata, kejadian yang berlaku itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Menurutnya, memburukkan lagi keadaan apabila murid-murid tersebut melihat…










