Bela kanak-kanak terpinggir, tidak diberi hak kewarganegaraan

Harus bela kanak-kanak terpinggir, terbuang yang tidak diberi hak kewarganegaraan

SHAHRIZAT JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempertimbang kemungkinan kumpulan kanak-kanak terpinggir atau terbuang yang tidak dibenarkan hak kewarganegaraan, boleh membawa mudarat besar terutama penafian hak asasi manusia terhadap mereka.

Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO, Tan Sri SHahrizat Abdul Jalil berkata, beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemegang-pemegang taruh yang telah berbincang dengan Kerajaan bahawa kerajaan berkemungkinan mencadangkan pemansuhan peruntukan Seksyen 1(e) dalam Jadual Kedua, Bahagian II Perlembangaan Persekutuan berkenaan Perkara 14(1)(b).

“Saya amat bimbang jika cadangan ini diteruskan tanpa mempertimbangkan implikasi keseluruhan penghapusan peruntukan 1(e ) tersebut kerana peruntukan ini terpakai kepada kanak-kanak yang telah ditemui dan dianggap terpinggir atau terbuang.

“Peruntukan ini bukan sahaja memastikan bahawa kumpulan kanak-kanak ini dapat akses kepada hak asasi termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan tempat tinggal tetapi peruntukan ini juga satu bentuk perlindungan kepada kanak-kanak yang tidak bersalah, dan tidak boleh dipersalahkan atas keadaan yang menimpa mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, seksyen tersebut menyatakan bahawa “tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan ini”.

Mengulas perkara itu, SHarizat berkata, menghapuskan perlindungan yang sedia ada terhadap kanak-kanak yang terpinggir dan terbuang ini hanya akan mewujudkan pelbagai keperluan baharu dan pada masa yang sama menggandakan lagi cabaran asas yang dihadapi pihak bertanggungjawab untuk mengurangkan jurang ketidakadilan dalam kelas masyarakat.

“Dalam Islam, kita percaya anak dikurniakan Allah SWT sebagai amanah yang wajib dijaga. Apabila ibu bapa tidak dapat menjalankan amanah itu, maka negara ini berkewajipan untuk memikul tanggungjawab terhadap anak tersebut.

“Kewajipan ini dimeterai dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan Hak Kanak-Kanak, yang mana Malaysia salah satu negara yang telah menandatanganinya.

“Saya mendesak dan meletakkan harapan yang tinggi supaya Menteri Dalam Negeri mengkaji semula cadangan-cadangan pindaan yang telah diutarakan agar ia dapat mengangkat prinsip keadilan dan ihsan yang menjadi matlamat asal gesaan pindaan peruntukan berkenaan kewarganegaraan kanak-kanak ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya