Hakim Syarie wajib junjung tinggi prinsip integriti

Hakim Syarie wajib junjung tinggi prinsip integriti – Tuanku Syed Faizuddin

hakim
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima menghadap Mohd Amran Mat Zain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seseorang Hakim Syarie wajib dan mesti menjunjung tinggi prinsip integriti dalam setiap tindak tanduk, demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda, integriti adalah melakukan perkara yang betul dan sahih, walaupun tiada insan lain yang melihat.

“Hakim Syarie juga haruslah menjaga etika sebagai seorang Hakim dan yang paling penting adalah untuk mengelakkan apa-apa tohmahan oleh masyarakat.

“Pada masa yang sama gunalah budi bicara Hakim Syarie dengan penuh hikmah supaya sistem perundangan dan kehakiman syariah akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima sembah mengadap oleh Ketua Pengarah yang juga Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohd Amran Mat Zain.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mohd. Amran diiringi oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang juga Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perlis, Datuk Mohd Shukor Sabudin dan Datuk Mohamad Shakir  Abdul Hamid serta Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Mohd Abu Hassan Abdullah.

Turut hadir Mufti Negeri Perlis, Profesor Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya