Gangguan bekalan air jejas imej pelancongan Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air jejas imej pelancongan Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Gangguan bekalan air yang dialami beberapa kawasan termasuk hotel ketika Cameron Highlands dibanjiri pelancong menjejaskan imej tanah tinggi ini sebagai kawasan pelancongan.

Presiden Persatuan Kese­daran Alam Sekitar Cameron Highlands, A. Dilip Martin berkata, masalah itu yang berlaku sejak Khamis lalu bukan sahaja menyebabkan pengusaha hotel mengalami kerugian tetapi menyusahkan pelancong yang sudah membuat tempahan.

Jelasnya, ekoran itu pengusaha hotel terpaksa membatalkan tempahan dan memulangkan wang pelanggan.

“Sudah tentu pelancong kecewa kerana masalah ini, mereka datang dari jauh dan mem­bayar sewa hotel tetapi disebabkan masalah ketiadaan air, mereka tidak dapat bercuti dengan selesa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, gangguan be­kalan air berlaku disebabkan tekanan air rendah yang dialami berikutan penggunaan air yang tinggi disebabkan jumlah kedatangan pelancong yang ramai semasa cuti sekolah.

Akhbar ini semalam me­laporkan masalah gangguan bekalan air yang dialami pe­ngusaha hotel bajet di Brinchang yang melibatkan kira-kira 15 buah hotel dan masalah sama juga berlaku di Tanah Rata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya