Gabungan e-hailing sokong penubuhan SEGiM

Gabungan e-hailing sokong penubuhan SEGiM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Gabungan e-hailing Malaysia (GEM) menyokong penuh cadangan penubuhan  Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang diusulkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Aktivis GEM, Jose Rizal berkata, kami percaya SEGiM yang akan ditubuhkan bagi mengawal selia ekosistem ekonomi gig akan dapat menyelesaikan kemelut berpanjangan dengan tuntas dan menyeluruh, meliputi kepada keseluruhan pemegang-pemegang taruh terlibat.

 “Ini bagi kerajaan merangka dan melaksanakan apa jua perundangan yang adil kepada semua pihak.

 “Ini adalah kerana sektor ekonomi gig melibatkan beberapa kementerian dan agaensi dan sudah pasti akan berlakunya pertindihan bidang kuasa. Sebagai contoh dalam isu e-hailing dan p-hailing, ia melibatkan lebih dari lima kementerian.

 “Kami menyokong cadangan Ahmad Zahid dan ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau kerana membincangkan isu ini di Perhimpunan Agung UMNO,” katanya.

 UMNO baru-baru iin turut mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) bagi mengawal selia ekosistem industri gig bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna.

 Sektor itu kian berkembang di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig telah berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan tambahan pula lebih 80 peratus daripada pengguna ekonomi gig terdiri daripada anak muda.

 Katanya, saya percaya dengan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig, ia akan memberi sinar baharu buat pemain ekonomi gig serta adik-adik Grab, Lala Move, Food Panda di luar sana. Ia juga akan membolehkan kerajaan menstrukturkan sistem percukaian ekonomi gig yang menyaksikan pengaliran besar aliran tunai melalui perkhidmatan ke luar negara.- utusan

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN