Fikirlah berapa lama kita boleh hidup - Shahrulezad - Utusan Malaysia

Fikirlah berapa lama kita boleh hidup – Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin berpendapat budaya berlumba-lumba menghasilkan kandungan media sosial yang ‘panas’ demi meraih perhatian umum adalah tindakan yang membimbangkan.

Menurut pengarah drama Nur itu, setiap individu perlulah mempunyai rasa tanggungjawab setiap kali memuat naik apa-apa kandungan yang boleh menyalakan kontroversi di platform media sosial mereka.

“Benda ini (kandungan media sosial negatif) toksik sebenarnya, bila kita ‘makan’ benda yang toksik, jiwa kita akan sakit.

“Pembekal kandungan di media sosial perlulah ada rasa tanggungjawab. Sebagai orang Islam, kita percaya apa yang kita buat akan ditimbang tara di kemudian hari.

“Jika kita kejar pengikut atau ‘likes’ dari perkara sebegitu maksudnya kita menyumbang kepada keburukan. Ia tak sihat kepada komuniti dan diri kita sendiri. Itu sangat membimbangkan,” katanya dalam sebuah temu ramah rancangan Selamat Pagi Malaysia bersama pengacara, Amylea Azizan.

Tambahnya lagi, apa yang lebih aneh, trend mencipta kontroversi untuk meraih populariti ini juga turut dilakukan oleh pempengaruh yang sudah berusia.

“Kalau pempengaruh yang masih muda, kita faham mungkin mereka hilang pertimbangan.

“Namun sepatutnya, bila seseorang lebih berusia kita kena fikir berapa lama boleh hidup. Ia akan memberi kesan kepada generasi akan datang.

“Macam ibu bapa juga, kita kawal apa yang hendak kita berikan kepada anak-anak. Kita tak beri dadah atau hiburan melampau, begitulah juga kandungan yang dimuat naik,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Shahrulezad merupakan tetamu jemputan yang membincangkan topik Ketagihan Negativiti dalam masyarakat semasa siaran Selamat Pagi Malaysia pada Rabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya