Empat beradik kongsi pelamin, tiga bernikah semasa PKP

Empat beradik kongsi pelamin, tiga bernikah semasa PKP

Empat beradik dengan tiga daripadanya bernikah semasa PKP lalu memilih untuk berkongsi pelamin dalam majlis persandingan bersama pasangan masing-masing yang berlangsung di Kampung Gaing Baru, Pedas, Rembau di Negeri Sembilan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Empat beradik dengan tiga daripadanya bernikah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) memilih berkongsi pelamin pada majlis persandingan serta kesyukuran yang diadakan di Kampung Gaing Baru, Pedas, di sini, kelmarin.

Pengantin yang juga abang sulung dari tujuh beradik itu Ahmad Khairul Naim Mohd. Nurul ShamshulKamar, 31, berkata, dia dan pasangannya, Siti Mashi­tah Ismail, 25, bernikah pada Disember 2020.

“Jelasnya, adiknya yang juga anak kedua, Muhammad Nurizat Iqbal, 28, dan isterinya Nurul Aisyah Rohizam, 27, bernikah pada Ogos 2020.

“Kemudian, adik saya yang juga anak yang keempat Nur Syafiqah, 26, dan suaminya Mohammad Zuhaili Hasbullah, 25, berkahwin pada Julai 2021 diikuti adik kedua saya yang juga anak ketiga, Muhammad Nurafiq, 27, dan isterinya Nurul Nazurah Isa, 29, melangsungkan pernikahan pada Februari lalu.

“Ibu kami, Norsida Abd Ghani, 53, mencadangkan supaya kenduri kesyukuran diadakan serentak dan berlangsung cukup meriah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Ahmad Khairul yang juga Presiden Asean Youth Digital Business berkata, majlis yang diadakan itu cukup meriah, malah, lebih istimewa juadah makanan serta persiapan untuk kenduri berkenaan diadakan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

“Macam dulu-dulu memang cukup meriah, saya juga dapat rasakan kemeriahan itu apabila bersanding sambil ditemani anak perempuan kembar kami yang berusia setahun enam bulan,” katanya.

Katanya, dalam majlis berkenaan, upacara perarakan empat pasang pengantin itu diiringi paluan kompang oleh Kumpulan Rebana Sri Chembong sambil mengalunkan lagu berarak dalam loghat Minang.

Majlis kemudian diteruskan dengan tiga pertunjukan ta­rian piring oleh kumpulan sama di hadapan pengantin sebelum diteruskan dengan acara tepung tawar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×