Dua lelaki maut, motosikal tukar haluan dirempuh kereta

Dua lelaki maut, motosikal tukar haluan dirempuh kereta

KENDERAAN jenis Nissan Almera yang remuk akibat merempuh motosikal yang menyebabkan dua mangsa maut di lokasi kejadian di jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat sini, awal pagi tadi. FOTO: sumber IPD Kuantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN : Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan – Pelabuhan hala Kuantan, di sini, kira-kira pukul 7.52 pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali Yusof Ibrahim, 58 dari Kampung Baru Sungai Miang, Pekan manakala seorang lagi, Ismail Jaafar, 61, masih dikenal pasti alamatnya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Gebeng ke Kuantan dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Nissan Almera.

“Ketika tiba di lokasi kejadian iaitu berhampiran Depoh Alam Flora, di sini, motosikal mangsa dikatakan telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan secara mengejut.

“Dalam pada masa yang sama sebuah kereta dari arah sama di lorong kanan tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaah parah di kepala menyebabkan mereka meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini

Mengulas lanjut, beliau berkata, kereta jenis Almera itu dipandu seorang wanita berusia 32 tahun.

Jelasnya, wanita terbabit tidak mengalami kecederaan parah tetapi hanya mengalami sakit dibahagian dada.

“Pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai sebarang lesen memandu manakala cukai jalan motosikal terbabit juga telah tamat tempoh kira-kira tiga tahun lalu.

“Hasil siasatan awal juga mendapati kejadian berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang mengubah haluan secara mengejut namun siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat kedua-dua mangsa kemalangan itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.