Cari punca ‘permintaan dan penawaran’ UMNO gagal

Cari punca ‘permintaan dan penawaran’ UMNO gagal

Pemimpin UMNO perlu mencari punca ‘permintaan dan penawaran’ parti itu gagal dalam PRU-15. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM teori ekonomi, wujud dua istilah permintaan dan penawaran apabila kedua-dua mempunyai hubungan antara satu sama lain untuk memenuhi permintaan pelanggan dan keperluan pasaran.

Tidak kurangnya dalam konteks politik, permintaan dan penawaran turut sama penting agar parti mempunyai tawaran iaitu pemimpin berkualiti dan tawaran bagi memenuhi kehendak rakyat.

Begitu juga UMNO, meskipun parti ini ada calon dan tawaran manifesto yang hebat, tetapi tidak mengikut kehendak rakyat maka tiada keseimbangan antara permintaan dan penawaran iaitu menjadi punca kekalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada pilihan raya sebelum ini, bukan sahaja calon diketengahkan dikenali tetapi boleh buat kerja, malah UMNO turut menawarkan manifesto berpijak di bumi yang nyata berbanding parti lawan.

Peliknya calon-calon diketengahkan bukan calang-calang, terdapatnya mempunyai rekod cemerlang sebagai wakil rakyat iaitu sentiasa turun padang dan menjaga kebajikan pengundi, akhirnya kalah jua di tangan lawan yang sebulan baru berkempen.

Lebih menyedihkan,UMNO hanya memenangi 26 kerusi Parlimen dari 222 kerusi manakala jurang kekalahan bukan sedikit atau tipis malah ketinggalan ribuan undi. Dalam PRU15, nisbah ahli UMNO berbanding rakyat yang turun mengundi hanya 21.4 peratus sahaja

Di samping jumlah undi popular Barisan Nasional hanyalah 3.65 juta atau 23 peratus daripada jumlah undi keseluruhan iaitu tidak sampai satu perempat pun dari jumlah undi keseluruhan, sedangkan Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO bertanding di 178 kerusi Parlimen.

Demikian dilema dihadapi UMNO ketika PRU15, ini hakikat, bukan fakta yang dibuat-buat. Jadi untuk mengaitkan dengan teori ekonomi penawaran dan permintaan, maka disimpulkan bahawa UMNO kena mengikut apakah kehendak rakyat dan bukannya syok sendiri dengan bernostalgia dengan sejarah lampau.

UMNO segera kena mencari kesilapan dan mengapa gagal mempunyai permintaan sedangkan banyak terlalu banyak penawaran bermula daripada segera, jika tidak jumlah kerusi 26 dimenangi bukan sahaja gagal dipertahankan malah berkurangan.

Maka UMNO perlu bersandarkan realiti dan kedudukan bahawa mereka telah tewas, maka kepimpinan parti kena melakukan ijtihad politik sama ada melakukan penjenamaan semula parti.

Soal penjenamaan parti bukanlah idea baharu, malah pernah dibangkitkan oleh pemimpin UMNO sebelum ini, namun sejauh mana direalisasikan, ia terletak pada kebijaksanaan mereka sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN