Bekas Mufti Perlis meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Mufti Perlis meninggal dunia

Mat Jahya Hussin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin dilaporkan meninggal dunia, sebentar tadi.

Difahamkan sebelum ini, Mat Jahya menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selepas kesihatannya merosot akibat penyakit kencing manis.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Fathul Bari Mat Jahya menerusi kemaskini di laman Facebook.

Allahyarham Mat Jahya merupakan mufti paling lama berkhidmat di Perlis iaitu selama 22 tahun bermula pada 1984 sehingga tahun 2004.

Beliau turut dikurniakan Darjah Dato’ Bergelar Perlis (Dato’ Alim Panglima) pada tahun 1996 daripada Raja Perlis, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya