Bapa harap anak dikhuatiri lemas ditemukan segera - Utusan Malaysia

Bapa harap anak dikhuatiri lemas ditemukan segera

MUHAMMAD ADAM SHAZWAN MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Bapa kepada remaja yang hilang dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras ketika mandi-manda di Sungai Terengganu dekat Kampung Dusun, di sini, petang semalam berharap anaknya itu dapat ditemukan segera. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, dipercayai tiba-tiba hanyut ketika sedang berenang bersama seorang rakannya, Putra Azim Fahmi Azmi, 16. 

Bapa mangsa, Mokhtar Mohamad, 63, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa anak bongsunya itu daripada pihak polis yang datang ke rumahnya kira-kira pukul 4.30 petang hari kejadian. 

“Dia memang selalu ke sungai itu bersama kawan-kawannya tetapi tidak selalu mandi, cuma kerap memancing. Namun sejak empat hari lalu dia mandi sungai setiap hari sehinggalah ditakdirkan hilang. 

“Saya tidak pasti pukul berapa dia keluar rumah dan hanya sedar ketiadaannya apabila memanggil namanya untuk ajak makan bersama-sama selepas saya pulang solat Jumaat. 

“Bagaimanapun selepas itu saya terkejut apabila beberapa anggota polis datang ke rumah memberitahu anak saya dikhuatiri lemas. Dia tidak begitu pandai berenang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pagi ini. 

Ujar Mokhtar lagi, sebelum kejadian anaknya itu turut menahan pukat ikan kerana ketika itu paras sungai tidak begitu dalam dan tidak sangka ia meningkat selain arus deras. 

Katanya, Muhammad Adam Shazwan juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.