BATU GAJAH: Deretan bangunan kedai yang usang akibat dimamah usia, malah ada yang sudah ditumbuhi pokok menjadi tarikan pelancong ke Pekan Papan, di sini. Pekan kecil itu wujud sejak lebih 100 tahun lalu ketika aktiviti perlombongan rancak dijalankan, namun ekoran kejatuhan industri bijih timah, ia semakin sepi sehingga diberi julukan pekan hantu, juga kerana kedudukannya yang terpencil. Sehingga kini masih terdapat kira-kira 200 penduduk yang mendiami pekan tersebut dengan majoritinya…










