Arahan pantau media sosial mahu tutup kegagalan kerajaan

Arahan pantau media sosial mahu tutup kegagalan kerajaan

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar memantau hantaran isu agama dan perkauman merupakan satu cubaan kerajaan untuk menutup kegagalan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, arahan itu hanyalah satu strategi pemimpin kerajaan hari ini bahawa seolah-olah mereka suci dan tidak pula orang lain dengan menuduh Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah parti perkauman.

“Arahan Ahmad Zahid kepada SKMM ini hanyalah satu lagi strategi mereka untuk menambah lakaran tersebut. Padahal kami dalam PN konsisten memperjuangkan kemakmuran bersama untuk semua bangsa dan agama. 

“Tatkala PH-UMNO semakin gagal menjaga kebajikan rakyat, kami dalam PN terus bercakap mengenai perkara seperti KWSP bersasar, kawalan harga, bantuan kos sara hidup, dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan.

Wan Saiful merujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan meminta SKMM memantau sebarang hantaran yang cuba menggunakan isu agama, perkauman dengan agenda tertentu, khususnya politik, di negara ini.

Tegas Ahmad Zahid, dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati sememangnya ada pemimpin politik yang cuba menyentuh isu sensitif itu di media sosial.

Terdahulu, kajian dapatan CIJ dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati naratif kaum, agama yang menyinggung perasaan dan diskriminasi dicetuskan ahli politik menguasai platform media sosial di negara ini ketika PRU-15 lalu.

Pada masa sama, Wan Saiful memberitahu, data jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan-UMNO ditolak oleh pengundi Melayu dan ini perlu diberikan perhatian daripada semua pihak tanpa melabelkannya dengan apa-apa label negatif. 

“Ia adalah fakta yang perlu dibicarakan secara terbuka oleh semua yang prihatin mengenai halatuju negara, bukan sahaja oleh orang politik tapi juga ahli akademik, NGO, dan orang awam,” katanya.

Wan Saiful melihat arahan Ahmad Zahid ini hanya untuk mengalih perhatian rakyat dan menutup kegagalan PH-Umno yang semakin terserlah dan semakin terdesak kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah dekat. 

“Dia telah membawa UMNO menjadi sebuah parti yang menumpang rezeki daripada DAP.  Sudah pasti akar umbi Umno tidak selesa dan ramai yang mahu berhijrah. Ini juga Ahmad Zahid mahu tutup dengan cara melakarkan gambaran negatif mengenai PN,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya