Anggota TUDM maut dalam insiden letupan bom selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Anggota TUDM maut dalam insiden letupan bom selamat dikebumi

NUR Faziera Izam (dua,kanan) gagal menahan sebak ketika menyiram pusara suaminya, Mohd Syuib Bidin yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika sesi latihan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jenazah Koperal Udara (U) Mohd. Syuib Bidin yang meninggal dunia dalam insiden letupan bom ketika sesi latihan di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin, semalam, selamat dikebumikan tengah hari ini. 

Jenazah selesai dikebumikan mengikut istiadat pengebumian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai, di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari. 

Terdahulu, jenazah yang diterbangkan menggunakan Helikopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kem Empat Rejimen Artileri Diraja Gemas, Negeri Sembilan tiba kira-kira pukul 10.40 pagi di Kolej Vokasional Kemaman dan dibawa ke Masjid Jamek, Binjai untuk disolatkan. 

Suasana pilu dan sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila sebahagian daripada 100 ahli keluarga dan anggota TUDM yang hadir memberi penghormatan terakhir gagal menahan sebak ketika upacara pengebumian. 

Allahyarham Mohd Syuib yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (Instar), Pangkalan Udara Sendayan, Johor, meninggalkan seorang balu, iaitu Nur Faziera Izam,29 dan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun empat bulan. 

Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim, menyerahkan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham pada penghujung istiadat pengebumian tersebut. 

Sementara itu, Nur Faziera ketika menyiram air mawar ke atas pusara Allahyarham suaminya dilihat gagal menahan sebak dan sempat meluahkan rasa sedihnya apabila suaminya berjanji mahu pulang hari ini. 

“Abang kata nak balik rumah hari ini,”  luahnya ketika menyiram pusara suaminya. 

Bagaimanapun, dia yang masih terkejut dengan pemergian suaminya, ketika ditemui enggan mengulas panjang dan  ditemu bual. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari semalam, seorang penuntut Instar, Pangkalan Udara Sendayan, Laskar Udara I Mohd. Iqmal Masdi, 22, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah akibat letupan bom lempar semasa proses latihan sedang dilaksanakan.

Seorang lagi jurulatih iaitu Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, kini masih menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya