Anak buntu mahu jelaskan bil elektrik tertunggak RM4,000

Anak buntu mahu jelaskan bil elektrik tertunggak RM4,000

MOHD. Nazri Md.Nor menunjukkan bil elektrik tertunggak ketika ditemui di Kampung Tok Rusa Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN.ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki yang hilang punca pendapatan selepas terpaksa menjaga ayahnya yang diserang angin ahmar buntu apabila terpaksa menjelaskan bil elektrik tertunggak hampir RM4,000.

Mohd Nazri Md. Nor , 47, berkata, bil tersebut menjadi mahal disebabkan rumah yang dijadikan sebagai kediaman itu adalah premis perniagaan sebelum ini.

Menurutnya, dia menjadikan premis itu sebagai tempat tinggal sejak 10 tahun lalu selepas ayahnya Md. Nor Mamat, 68, lumpuh akibat serangan angin ahmar.

“Dulu separuh rumah kami ini dijadikan kedai kopi, ibu (Che Rahmah Yusooff) yang berniaga manakala ayah pemandu kereta sewa.

“Sekarang ini separuh rumah kami ini sudah runtuh, hanya berteduh di ruang sempit tetapi bil elektrik tetap mahal kerana ia status premis perniagaan,” katanya ditemui Utusan Malaysia di Kampung Tok Rusa di sini selepas menerima kunjungan dari badan bukan kerajaan (NGO) 3rd Force Pasir Mas yang diketuai koordinatornya, Wan Zalilah Shafie.

Mohd. Nazri memberitahu, dia tidak mampu menjelaskan bil elektrik itu kerana sudah berhenti kerja sejak tujuh tahun lalu.

Kata beliau, sejak bapanya hilang upaya untuk bekerja dia dan keluarga berdepan masalah kewangan dan tidak mampu menjelaskan tunggakan tersebut.

“Mujur ada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM250 sebulan, dapat menampung untuk membayar bil elektrik dan keperluan lain. Sebelum ini saya adalah pekerja am kontrak di sebuah agensi kerajaan negeri, namun terpaksa berhenti sebab nak jaga ayah.

“Jika saya bekerja makan gaji sukar untuk saya menguruskan ayah, bila ada di rumah dapatlah bergilir dengan ibu. Bagaimanapun, demi kelangsungan hidup, saya bekerja kampung dengan mengambil upah menoreh getah, memotong rumput dan sebagainya asalkan tidak berjauhan dengan ayah,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Koordinator 3rd Force Pasir Mas, Wan Zalilah Shafie di talian 018-2718969. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya