Ahmad Said cabar MB berdebat isu jualan tanah kepada NGO - Utusan Malaysia

Ahmad Said cabar MB berdebat isu jualan tanah kepada NGO

AHMAD Said (tengah) beramah mesra dengan ahli UMNO yang hadir pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Barisan Nasional Parlimen Dungun di Bukit Besi, Dungun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berdebat mengenai isu penjualan tanah milik kerajaan negeri kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar Kuala Terengganu dekat sini.

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mendakwa, tindakan menjual tanah dengan harga yang murah kepada NGO tersebut adalah salah.

“Saya nak tanya betul atau tidak, nilai semasa tanah itu adalah RM29 juta tetapi dijual kepada persatuan RM550,000.

“Itu pengkhianatan bagi saya dan rakyat Terengganu dan saya cabar Menteri Besar (Ahmad Samsuri) berdebat dengan saya.

“Saya pernah kerja sebagai Penolong Pegawai Daerah bahagian tanah, saya tandatangan beribu-ribu keping geran tanah, saya tahu undang-undang dan peraturan tanah,” dakwanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun di Dataran Piramid Bukit Besi, di sini semalam.

Ahmad berkata, selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 1999, pemerintahan Pas memberi tanah itu kepada sebuah koperasi dan selepas BN kembali memerintah pada 2004, tanah itu diambil semula dengan nilai RM6.7 juta.

“Kalau nilai tanah itu RM6.7 juta, premium yang dikenakan kira-kira lapan peratus nilai standard. Apatah lagi dia (kerajaan Pas) nilai tanah itu RM5.5 juta dan arah tanah itu dibayar sebanyak RM550,000.

“Sedangkan nilai semasa tanah itu yang dibuat kerajaan bernilai RM29 juta. Adakah itu ikut peraturan? Nilai RM29 juta kamu beri hanya RM550,000, mana modal kerajaan? Ini duit rakyat, pengkhianatan kepada rakyat,” dakwanya.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mengambil tindakan segera berhubung isu penjualan tanah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya