66 penagih ditahan dalam Op Tapis

66 penagih ditahan dalam Op Tapis

SEBAHAGIAN penagih yang ditahan dalam Op Tapis Khas di daerah Kuala Muda, Sungai Petani, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 66 individu ditahan dalam serbuan Op Tapis Khas di tujuh kawasan yang menjadi sarang penagihan dadah di daerah ini, kelmarin.

Operasi selama tiga hari bermula 5 Jun itu membabitkan 20 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 17 hingga 54 tahun.

“Kesemua mereka ditahan ketika berada di port dadah di kawasan ladang kelapa sawit di Gurun, Taman Sinar Mentari, Taman Bandar Baru, Taman Ria Jaya, Taman Keladi, Taman Sri Wang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu.

“Selain menjadikan kawasan ini sebagai lokasi untuk melepaskan gian kita turut mengesan berlaku pengedaran dadah secara kecil-kecilan,” katanya di sini, hari ini.

Kata Zaidy, pihaknya turut merampas dadah jenis syabu dengan anggaran berat 66.30 gram bernilai RM6,633 dan heroin dianggarkan 87.21 gram yang bernilai RM2,646.

Tambahnya, kesemua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka kini dalam proses tahanan reman.

“Kita akan terus melakukan operasi sepanjang masa bagi mengekang kesalahan pengedaran dan penggunaan dadah terutamanya di kawasan perumahan bagi mengelak kebimbangan penduduk terhadap penagih yang sering berlegar di kawasan itu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.