5 keldai akaun sindiket ah long, penipuan online ditahan - Utusan Malaysia

5 keldai akaun sindiket ah long, penipuan online ditahan

ANTARA suspek yang ditahan polis daerah Barat Daya, Pulau Pinang kerana disyaki menjadi keldai akaun pelbagai sindiket penipuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis semalam di Bayan Lepas, di sini kerana dipercayai menjadi keldai akaun kepada pemberi pinjaman wang tanpa berlesen atau ah long.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, tangkapan suspek adalah berkaitan laporan yang diterima pada 2021.

”Berdasarkan laporan, rumah pengadu telah disimbah cat berwarna merah di bahagian kawasan parkir, tempat penghadang cahaya bahagian bumbung rumah d bahagian luar pagar rumah disyaki perbuatan ah long.

”Ini kerana sebelum ini pengadu ada menerima ugutan dari nombor yang tidak dikenali meminta pengadu membayar pinjaman yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 29B(1)Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Dalam perkembangan lain, kenyataan di Facebook IPD Barat Daya memaklumkan, dua lelaki tempatan serta dua wanita termasuk seorang warga asing ditahan polis di sekitar daerah ini kerana turut disyaki menjadi keldai akaun kepada pelbagai sindiket penipuan.

Katanya, kesemua suspek berusia antara 37 hingga 25 tahun dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa-mangsa penipuan itu antara RM1,700 hingga RM14,000.

”Kes membabitkan suspek-suspek ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan.

”Pihak polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial; pinjaman tidak wujud; pelaburan tidak wujud; tawaran pekerjaan luar negara; Macau Scam; love scam atau parcel scam melalui sosial media,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya