Dakwaan ugut Albert Tei, Bukit Aman jumpa Azam Baki minggu depan - Utusan Malaysia

Dakwaan ugut Albert Tei, Bukit Aman jumpa Azam Baki minggu depan

KETUA Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar Muthuvelu berucap pada sidang akhbar mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Menumpaskan Penjenayah Kes Samun dalam Kejadian Berbalas Tembakan ketika di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berjumpa bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan (SPRM), Tan Sri Azam Baki minggu hadapan berhubung dakwaan beliau mengugut ahli perniagaan, Albert Tei.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M. Kumar berkata, pihaknya telah dihubungi oleh individu terlibat dan akan mendapatkan keterangan lanjut dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kami telah berhubung dan pertemuan akan diatur dalam minggu hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azam sebelum ini memaklumkan, beliau telah menghubungi pihak polis berhubung dakwaan ahli perniagaan berkenaan.

Katanya, beliau mengalu-alukan siasatan berhubung perkara itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

Beliau juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Albert.

Semalam, Kumar memaklumkan, akan memanggil Azam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Albert pada 13 Mei lalu.

Siasatan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Sebelum ini, Albert mendakwa Azam mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika beliau cuba mendedahkan skandal rasuah yang didakwa membabitkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah tahun lalu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN